Wednesday 30 September 2009

rukun yang5

Rukun islam 5 perkara
-mengucap 2kalimah syahadah
-sembahyang fardhu
-puasa
-zakat
-pergi haji

mudah kan?semua orang ingat,tapi sikit orang buat.....samapaikanlah perkara yang baik walau biase didengar,fitrah kita ini pelupa.....keren

Tuesday 29 September 2009

La Tahzan!

Monday 28 September 2009

Puasa 6 Hari

Puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa wajib bulan Ramadhan adalah amalan sunat yang dianjurkan dan bukannya wajib. Seorang muslim dianjurkan mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal. Banyak sekali keutamaan dan pahala yang besar bagi puasa ini. Diantaranya, barang siapa yang mengerjakannya nescaya dituliskan baginya puasa setahun penuh (jika ia berpuasa pada bulan Ramadhan).

Sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis shahih dari Abu Ayyub Radhiyallahu 'Anhu bahwa Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, yang ertinya: “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, bererti ia telah berpuasa penuh setahun .” (HR: Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Barangsiapa mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal selepas 'Eidul Fitri bererti ia telah menyempurnakan puasa penuh setahun . Dan setiap kebaikan diganjar sepuluh kali ganda.”

Dalam sebuah riwayat berbunyi, yang ertinya: “Allah telah melipat gandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun.” (HR: An-Nasa'i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib).

Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dengan lafazh: “Puasa bulan Ramadhan setara dengan puasa sepuluh bulan. Sedang puasa enam hari bulan Syawal setara dengan puasa dua bulan. Itulah puasa setahun penuh.”

Para ahli fiqh madzhab Hambali dan Syafi'i menegaskan bahwa puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa Ramadhan setara dengan puasa setahun penuh, kerana belipat gandaan pahala secara umum juga berlaku pada puasa-puasa sunat. Dan juga setiap kebaikan dilipat gandakan pahalanya sepuluh kali ganda. Salah satu faedah terpenting dari pelaksanaan puasa enam hari bulan Syawal ini adalah menutupi kekurangan puasa wajib pada bulan Ramadhan. Sebab puasa yang kita lakukan pada bulan Ramadhan pasti tidak terlepas dari kekurangan atau dosa yang dapat mengurangi keutamaannya. Pada hari kiamat nanti akan diambil pahala puasa sunnat tersebut untuk menutupi kekurangan puasa wajib.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w , yang artinya: “Amal ibadah yang pertama kali di hisab pada Hari Kiamat adalah solat. Allah s.w.t berkata kepada malaikat - sedang Dia Maha Mengetahui tentangnya-: “Periksalah ibadah solat hamba-hamba- Ku, apakah sempurna ataukah kurang. Jika sempurna maka pahalanya ditulis utuh sempurna. Jika kurang, maka Allah memerintahkan malaikat: 'Periksalah apakah hamba-Ku itu mengerjakan solat-solat sunnat? Jika ia mengerjakannya maka tutupilah kekurangan solat wajibnya dengan solat sunat itu. Begitu pulalah dengan amal-amal ibadah lainnya.” (HR: Abu Dawud)

Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?
Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulakannya daripada hari kedua di bulan syawal.

*Buletin Seruan Masjid, Masjid Negara Online*
*http://www.masjidnegara.gov.my/*

Tuesday 15 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Selamat hari raya aidilfitri daripada unit dakwah SKSB..

Sunday 13 September 2009

iktibar hidup

Setiap Dosa Akan Tumbuhkan Satu Titik Hitam Di Hati
(Dipetik dari Berita Harian ,Selasa,24 Februari 2004)

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan hamba kerana pada hati letaknya niat.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi dijaga agar tidak mati bagi mengelakkan penyakit masyarakat yang berpunca dari hati.
Justeru itu, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya dari berbuatan dosa dan maksiat.
Hati hitam ialah hati yang gelap disebabkan titik hitam akibat perbuatan dosa yang tidak dibersihkan dengan melakukan taubat. Perkara itu jelas digambarkan dalam sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “ Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh di hatinya satu titik hitam, kiranya ia bertaubat akan terkikis titik hitam itu dari hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh hatinya menjadi hitam.”(Riwayat Ibnu Majah)
Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan seterusnya
menghalang kehadiran cahaya iman atau ilmu yang boleh memandu ke arah kebaikan.
Perkara yang paling membimbangkan kita ialah apabila hati mati kerana matinya hati adalah malapetaka yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan.
Persoalannya sekarang, kenapa hati itu mati? Hati itu mati adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut :
1. Hati mati kerana ia tidak berfungsi mengikut perintah Allah, iaitu tidak mengambil iktibar dari setiap pengajaran dan ujian dari Allah.
2. Hati mati jika tidak diberikan makanan rohani sewajarnya, seperti tubuh akan mati jika tuannya tidak makan atau minum.
Oleh itu, peliharalah hati kita sebaik-baiknya supaya tidak kotor, hitam, sakit, buta, keras dan .Gilap dan bersihkanlah hati dengan memperbanyakkan zikir dan mengingati Allah.

Friday 11 September 2009


Kalam Suci....


"Dan siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan jalan keluar baginya dan Dia mendatangkan rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka (tidak dijangkakan). Dan sesiapa yang berserah (bertawakkal) kepada Allah, maka ia berada dalam jaminanNya (dicukupkan keperluannya oleh Allah).Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya dan sesungguhnya Allah menjadikan bagi setiap sesuatu itu ada ukurannya.." - (maksud ayat,

surah At-Thalaq:2-3)

Thursday 10 September 2009

Sekadar renungan bersama…
Sebagai manusia, kita pasti sering mengharapkan suatu yang terbaik untuk diri kita. Kadang-kadang kita selalu mengharapkan agar setiap apa yang kita inginkan akan tertunai.Kita gembira bila suatu yang diimpikan, menjadi kenyataan,kita sedih atau kecewa bila berlaku sebaliknya sehinggakan kadang-kadang kita terlupa setiap yang berlaku pasti ada rahsia yang tersirat di sebaliknya.Setiap yang terjadi pasti akan ada persoalan yang perlu kita jawab di hadapan Allah nanti…
Marilah kita insafi akan kehidupan yang sementara di dunia yang fana ini…Tidak semua yang kita rasakan baik adalah terbaik untuk kita dan tidak semua yang buruk dan susah adalah keperitan untuk kita..Bukankah Allah telah berfirman ;
“Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”-(maksud ayat surah al-Baqarah :ayat 216)
Namun begitu,bukanlah bermakna kita tidak boleh mengharap kebaikan dalam hidup. Hanya kita jangan lupa menggantungkan harapan pada Yang Maha Esa. Kadangkala kita perlu juga menghadapi keperitan dan kesusahan untuk mendapatkan apa yang terbaik untuk kita..
"لاَ تُدْرِكُونَ مَا تُحِبُّونَ اِلاَّ بِالصَّبْرِ عَلىَ مَا تُكْرِهُونَ"-امام حسن البصري
Ertinya : Kamu tidak akan dapat mencapai suatu yang kamu sukai
melainkan dengan bersabar terhadap suatu yang kamu benci..

Kesimpulannya, bersabarlah…redhalah…bersyukurlah… bertaqwalah…bertawakkallah..dan ingatlah segala yang ada di dunia ini hanyalah sementara……Wallahu a’alam

Monday 7 September 2009

Majlis Solat Hajat, Terawih dan Berbuka



















*berita daripada blog sksb

Salam Perkenalan dan Salam Muhibbah

Assalamualaikum kepada semua pengunjung.. kami dari unit dakwah SKSB mengalu-alukan sebarang sumber ilmiah dari rakan-rakan seperjuangan bagi memeriahkan lagi blog unit dakwah sksb ini.. Diharap dapat memberi tunjuk ajar daripada rakan-rakan..

"ijtihad wala taksal, fan nadamat a'qobi liman yatakassal"